BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 14 May 2012

Aktiviti - Sajak Diari Lama

A. Baca sajak dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1.  Mengapakah penyajak menitis air mata?
     A  Mengenang jasa-jasa pejuang bangsa.
     B  Sedih kerana pejuang-pejuang tanah air telah terkorban
     C  Kisah yang terdapat dalam diari sungguh menyayat hati
     D  Berasa terharu selepas membaca tentang perjuangan pahlawan negara yang terkorban

2.
               Anak bertuah bumi merdeka     

    Apakah maksud baris sajak di atas ?
    A  Masyarakat beruntung kerana negara bermaruah
    B  Masyarakat bernasib baik kerana dunia tidak dijajah
    C  Rakyat beruntung kerana negara bebas daripada dijajah
    D  Rakyat hidup berbahagia kerana dunia bebas daripada ancaman

3.  Semua pernyataan berikut adalah benar berkenaan bentuk sajak, kecuali
    A  Sajak ini terdiri daripada dua perenggan
    B  Rima akhir rangkap pertama ialah abcad
    C  Bilangan baris dalam setiap rangkap berbeza
    D  Jumlah perkataan dalam setiap baris ialah satu hingga tujuh jumlah perkataan

4.  Nilai yang terdapat dalam sajak ialah
    A  nilai berani
    B  nilai patriotik
    C  nilai bersyukur
    D  nilai mengenang jasa

5.  Apakah tema sajak ini?
    A  Semangat cinta kepada negara
    B  Perjuangan ke arah kemerdekaan
    C  Penghargaan kepada pejuang-pejuang tanah air
    D  Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka

B. Isikan tempat-tempat kosong dengan jawapan yang sesuai

Diari lama, Bendera, Pengorbanan, Tanah airnya, Negaranya, Dataran Merdeka, Hari Kebangsaan, Berlinangan

Rangkap 1
          Pada helaian a) _______, penyajak membaca baris-baris ayat tentang perjuangan para bunga bangsa yang terkorban. Air matanya b) _______ ketika membaca catatan tersebut. Kepiluan yang dirasai penyajak tidak dapat dibandingkan dengan jasa-jasa dan c) _______ yang telah mereka curahkan.

Rangkap 2
          Di dalam (d) _________ yang berkibar megah, penyajak menanamkan rasa cinta kepada negara. Penyajak berasa bertuah kerana (e) _____________ telah merdeka. Semasa kemeriahan (f)__________ , penyajak berasa gembira berbaur sedih. (g) __________ yang menjadi tempat sambutan yang meriah bersemangat patriotik. Penyajak berharap (h) ____________ makmur selamanya.

0 comments: